
Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman, akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan, mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar - an-Nuur ayat 23
Menjadi adat kepada Umno Barisan Nasional setiap kali berlakunya Pilihanraya Kecil akan keluarlah pelbagai fitnah keatas calon lawan.
Bermula dengan fitnah keatas ADUN Selising yang difitnah berzina didalam keretapi, kemudian berlanjutan kepada fitnah yang dilemparkan keatas calon PAS Galas kononnya berzina dengan ibu sendiri, dan terkini calon PAS N.05 Tenang difitnah berzina.
Sabda Rasul SAW lagi berhubung dengan fitnah yang bermaksud:
“Masa akan menjadi dekat (pendek), ilmu akan diangkat, fitnah akan lahir, dicampakkan akan sifat bakhil dan berlaku dengan banyaknya ‘harju’. Maka mereka bertanya: Wahai Rasul, apakah maksud harju. Baginda menjawab: harju adalah pembunuh.” Continue reading




Pilihanraya Kecil bagi sesebuah Dewan Undangan Negeri bukanlah seperti Pilihanraya Umum. Jika Pilihanraya Umum, kerajaan yang ada juga dikenali sebagai Kerajaan Peralihan, maknanya ia hanya memangku tugas-tugas tertentu kerana Parlimen telah dibubarkan dan semua jawatan menteri-menteri turut bubar sementara menantikan kerajaan baru yang dipilih oleh rakyat.

