Kerana Politik Umno Barisan Nasional, anak murid terabai.

Guru-guru di Tenang menjadi mangsa politik Umno Barisan Nasional apabila pada jumaat lepas, sewaktu kunjungan Timbalan Menteri Pelajaran, Puad Zarkashi guru-guru telah diminta untuk menyambut dan bertemu dengan Timbalan Menteri tersebut.

Dalam tinjauan Johorkini, ibu bapa kesal dengan tindakan memanggil guru-guru yang mengundi di N.05 Tenang berjumpa Puad Zarkashi dengan mengabaikan tugas mengajar murid-murid di sekolah adalah suatu tindakan tidak tepat yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, menerusi Pengarah Pendidikan Johor, Markom bin Giran

Difahamkan arahan untuk menyambut dan bertemu dengan Timbalan Menteri Pelajaran telah dikeluarkan oleh Pengarah Pendidikan Johor, dan didalam ucapan beliau dengan banganya memberitahu bahawa beliau telah jadi terkenal disebabkan “video Markom” yang tersebar di youtube. Ini disebabkan oleh pihak Kementerian Pendidikan sendiri yang ‘memperkosa’  amalan perguruan didalam negara ini dengan memberikan sokongan moral terhadap Pengarah Pendidikan yang secara terang dan jelas menyalahi Peraturan 21 (I), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, pegawai awam dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang dilarang daripada mengambil bahagian dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik [JK]

About JOHORKINI

Sumbangan bahan emailkan kepada "johorkite@gmail.com".
This entry was posted in Johor. Bookmark the permalink.