Fitnah senjata si bacul

Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman, akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan, mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar - an-Nuur ayat 23

Menjadi adat kepada Umno Barisan Nasional setiap kali berlakunya Pilihanraya Kecil akan keluarlah pelbagai fitnah keatas calon lawan.

Bermula dengan fitnah keatas ADUN Selising yang difitnah berzina didalam keretapi, kemudian berlanjutan kepada fitnah yang dilemparkan keatas calon PAS Galas kononnya berzina dengan ibu sendiri, dan terkini calon PAS N.05 Tenang difitnah berzina.

Sabda Rasul SAW lagi berhubung dengan fitnah yang bermaksud:

“Masa akan menjadi dekat (pendek), ilmu akan diangkat, fitnah akan lahir, dicampakkan akan sifat bakhil dan berlaku dengan banyaknya ‘harju’. Maka mereka bertanya: Wahai Rasul, apakah maksud harju. Baginda menjawab: harju adalah pembunuh.” Continue reading

Posted in Johor | Leave a comment

Umno Tenang dilanda ribut.

Foto ehsan themalaysianinsider

Pengumuman calon BN untuk Pilihanraya Kecil N 05 Tenang adalah penyebab UMNO Bahagian Labis bergolak hebat.

Pemilihan Mohd Azahar Ibrahim (Tokai), Penolong Pegawai Daerah, Rengit punca kepada pergolakan dalaman ini. Ini adalah kerana calon BN tersebut dilihat akan cuba mencantas kepimpinan Umno Bahagian Labis. Continue reading

Posted in Johor | Leave a comment

Lawatan Najib ke Tenang utamakan Zapin dan Ghazal dari Ziarah Kematian

Cikgu Mala, Calon PAS N.05 Tenang ziarahi jenazah allahyarham.

Lawatan Perdana Menteri 1Malaysia Rakyat Didahulukan melintasi kawasan masjid yang menempatkan jenazah Abd Latif Subri bin Mohd Din, 61 tahun seorang bekas tentera darat. MP dan Pegawai Pertahanan Awam, juga sebagai Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang, hanya semata-mata untuk ke tapak yang meraikan kehadiran beliau yang jauhnya hanya 50 meter dari jenazah ditempatkan. Continue reading

Posted in Johor | Leave a comment

Normala pilihan terbaik untuk Dun Tenang

Negeri Johor bukan lagi negeri kebal dan kubu kuat Umno/BN. Dua Adun dari PAS dan empat dari DAP sudahpun berada di dalam Dewan Undangan negeri itu. Besar kemungkinan, jika diizinkan Allah s.w.t., Cikgu Mala akan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Johor yang keenam dari Pakatan.

Untuk pertama kali dalam sejarah PAS Johor, seorang tokoh muslimatnya – Normala Sudirman, 38 – didipilih sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding di Dun Tenang, 30 Januari ini.

Bukan mudah untuk seorang wanita melepaskan jawatannya sebagai guru untuk bertugas sepenuh masa di dalam PAS peringkat kawasan, negeri dan nasional dan kemudiannya menjadi calon PAS/Pakatan Rakyat di negeri yang selama ini dianggap kubu kuat Umno/BN.

Pemilihan pucuk pimpinan parti terhadap Normala, di kira, sangat tepat memandangkan kemampuannya mencurahkan sepenuh masa dan tenaga untuk perjuangan sebuah parti seperti PAS. Continue reading

Posted in Johor | Leave a comment

Cikgu Mala Calon PAS di Tenang

Cikgu Mala

Normala Sudirman, Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Mala merupakan calon PAS di N.05 Tenang.

Johorkini tidak memberikan tumpuan kepada pengumuman calon PAS, malam tadi kerana telah terlalu ramai  yang membuat liputan, Johorkini menjelajah dan ‘pasang telinga’ di tempat-tempat tertentu. Hasilnya Johorkini mendapati hampir 500 orang anggota dari Cawangan Khas didatangkan ke Labis untuk menghadapi PRK N.05 Tenang. Continue reading

Posted in Johor | Leave a comment

Negara kita tanggungjawab kita bersama

Pilihanraya Kecil bagi sesebuah Dewan Undangan Negeri bukanlah seperti Pilihanraya Umum. Jika Pilihanraya Umum, kerajaan yang ada juga dikenali sebagai Kerajaan Peralihan, maknanya ia hanya memangku tugas-tugas tertentu kerana Parlimen telah dibubarkan dan semua jawatan menteri-menteri turut bubar sementara menantikan kerajaan baru yang dipilih oleh rakyat.

Apabila kerajaan baru dibentuk menerusi mandat rakyat, maka upacara angkat sumpah jawatan dijalankan, mengapa perlu ada angkat sumpah jawatan untuk menteri dan perdana menteri diadakan jika jawatan menteri tersebut kekal walaupun parlimen dibubarkan sebagaimana anggapan sesetengah orang bahawa menteri punya kuasa meskipun parlimen dibubarkan. Continue reading

Posted in Hal Ehwal Dalam Negara | Leave a comment

Kerana Politik Umno Barisan Nasional, anak murid terabai.

Guru-guru di Tenang menjadi mangsa politik Umno Barisan Nasional apabila pada jumaat lepas, sewaktu kunjungan Timbalan Menteri Pelajaran, Puad Zarkashi guru-guru telah diminta untuk menyambut dan bertemu dengan Timbalan Menteri tersebut.

Dalam tinjauan Johorkini, ibu bapa kesal dengan tindakan memanggil guru-guru yang mengundi di N.05 Tenang berjumpa Puad Zarkashi dengan mengabaikan tugas mengajar murid-murid di sekolah adalah suatu tindakan tidak tepat yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, menerusi Pengarah Pendidikan Johor, Markom bin Giran

Difahamkan arahan untuk menyambut dan bertemu dengan Timbalan Menteri Pelajaran telah dikeluarkan oleh Pengarah Pendidikan Johor, dan didalam ucapan beliau dengan banganya memberitahu bahawa beliau telah jadi terkenal disebabkan “video Markom” yang tersebar di youtube. Ini disebabkan oleh pihak Kementerian Pendidikan sendiri yang ‘memperkosa’  amalan perguruan didalam negara ini dengan memberikan sokongan moral terhadap Pengarah Pendidikan yang secara terang dan jelas menyalahi Peraturan 21 (I), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, pegawai awam dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang dilarang daripada mengambil bahagian dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik [JK]

Posted in Johor | Leave a comment

Markom Silap? Warga Pendidik Sedia Berubah…

Kecelaruan penjawat awam semakin terserlah kini. Selepas isu hangat KSN yang mengumumkan perlantikan KSU Selangor tanpa prosedur yang telus, kini satu lagi isu panas apabila Timbalan Menteri Pelajaran pula mencelarukan lagi hukum-hakam penjawat awam dengan menyokong tindakan Markom Giran iaitu Pengarah Pelajaran Johor kerana berkempen untuk UMNO BN dengan alasan penamaan calon belum berlaku. Inilah standard para pemimpin UMNO.

Jika begitu, UMNO pilihlah Markom sebagai calon dan Fuad Zarkashi boleh mengarahkan semua Pengarah Pelajaran setiap negeri turun ke Johor di Dun Tenang dan berkempen untuk si Markom ini. Buatlah ceramah akademik, Skor A, kem motivasi, dan apa saja dan paksalah semua guru-guru dan pelajar menyertainya.
Continue reading

Posted in Johor | Leave a comment

PAS telah sedia gantikan UMNO

"Labis untuk Orang LABIS!!!" luahan hati pemimpin umno setempat

PAS dilihat telah cukup bersedia mengantikan UMNO  yang dilihat lemah dan tidak dapat menghayati penderitaan rakyat lantaran kerana ketamakan mengaut laba.

Pengistiharan calon PAS pada 16 Januari ini menjadi medan baru kepada Umno yang masih tekapai-kapai mencari calon yang sesuai untuk untuk rakyat di Dun Tenang. Dari maklumat yang diterima, Johorkini telah berjaya menerobos masuk mencari sumber dalaman yang mana Umno bertelagah sesama mereka kerana masing-masing mahu menjadi calon. Continue reading

Posted in Johor | Leave a comment

Umno Tenang mula “bergomol” rebut calon, PAS mampu buat kejutan!

Umno Johor tahun 2011 bukan Umno Johor dulu lagi. Ketika ini, apabila berlaku pilihan raya kecil DUN Tenang, 30 Januari ini, Umno sebenarnya cukup gusar dengan perkembangan yang berlaku di kawasan itu. Kematian Dato’ Sulaiman Taha, 17 Disember 2010 yang lalu sebenarnya mendedahkan banyak pekung dalam Umno di bahagian ini. Walaupun dari segi sejarahnya memang Dun Tenang adalah milik Umno, tetapi hari ini, ia terbuka kepada sesiapa sahaja, jika kena strateginya, Umno boleh dikalahkan. Continue reading

Posted in Johor | Leave a comment